Tuesday 5 August 2014

Resipi Mee Rebus Mak

              Assalamualaikum
Hari ni nak kongsi resipi Mee Rebus..
oleh kerana telah dimintak oleh Teddy sbb kita da tayang gmbar mee rebus Raya ke dua kita ni kat Facekebook.




meh kita share resipi nii

Bahan2 Untuk Kuah:
3 hiris lengkuas-dititik.(diketuk sedikit)
2 batang halia-dititik
5 biji bwang merah-diblender
3 ulas bwng putih blender
1/2 cawan udang kering diblender
sedikit halia diblender
1/2 packet serbuk kari daging (saya guna ayam brand)
daging lembu dihiris atau tetel.(nak letak bpe bnyak pon bole)
1 ketul kentang(keledek la,sya gune kentang) rebus dulu
taucu(saya x ltak taucu,x suka)

cara masak kuah.
memula tumis lengkuas dgn serai dulu,
kemudian ltakan semua bahan yg diblender ke dalam periuk.
kacaukan,bila da naik bau tu.
letakkan serbuk kari yg da bercampur air.
kacau2 sehingga serbuk kari tu garing/masak.
kemudian letakkan Kentang atau keledek yg diblender bersama taucu(klau nk la taucu tu)
ke dalam periuk.
letakkan dagingdan kacau semuanya sehingga pekat dan masak..

bahan2 untuk hiasan:
telur rebus
limau kasturi belah dua
daun sup
cili merah
taugeh (ere..  x suka taugeh) celur
bawang goreng

jgn lupa mee kuning! celur dulu tau!