Saturday 23 November 2013

kiiroitori! ank itik dlm bungkusan!



hari ni nini share mcm mana nak buat Kiiroitori,
anak itik dalam bungkusan yg comel2 sngat... 

http://nienieychocolate.blogspot.com/

hihi.. nak buat ea?okk nahh dia punye pattern 




ni ada toturial dia sikit.. untuk bhagian mulut..
tngok anak panah.


mesti x tau kan nak buat ap kalau skli pandang?
so meh sini Nini ajar

first potong mcm ni,siap ad ggy2 tau

http://nienieychocolate.blogspot.com/

lekat tengah2 garisan pnjang dkat tngah2


http://nienieychocolate.blogspot.com/

smpai blkang~


http://nienieychocolate.blogspot.com/

siap!taadaaa




tampall! cantewkk


ok?pham x? x pham tanye ok.. kalau nak lagi yg lain tanye la,nnty Nini carikan~

kiiroitori ni sbenarnye sbahagian kilakuma,tpy malas nak buat kilalumma tu sbb x minat bear,nini suka itik hehe~
kalau nak slbihnye klik sini kumakilla

tapi,blog ni 100% japan..

sape yg paham bole la,instruction at pattern pon japan..

so slmat mencubaa

Review komik One punch Man!pahlawan botak yg super kuat!



dalam masa2 nak STPM ni sempat pulak kan sy memblog,review komik pulak tuu..haha.. hari ni nini
nak review komik ni---->One Punch Man! :)





komik ni agak baru jugak diterbitkan,masa saya sedang menaip ni pon cerite ni masih berterusan dan belom dijadikan anime,>.< x sabar menunggu anime dia.. huhuhu..mesti best,mesti kelakarr..
melukis komik ini ialah sensei Yusuke Murata yang jugak pelukis komik Eyeshield 21,komik ni pon best jugak,tentang bola sepak america,..berbalik dekat OPM ni!


ni la hero dia,Saitama.. haha,comel2 botakk

dia pada mulanya adalah seorang pengganggur yng mencari kerje,time dia balik dari interview dia terserempak dgn raksasa yg cuba membunuh seorg budak kcik yg berdagu pelik..
Saitam masa tu ensem dan ad rambut lagy,lpas dia bunuh raksasa tu dia trus berusaha mnjadi kuat hingga mjadi botak cam gitu~ hAHahaha serius?mcm mane bole botak?

cterw ni hebat sebab dia ad sidekick@anak buah yg ensem! Genos si Cyrbog



kuat si Genos ni pon still kalah dgn kekuatan Saitama

see Botak is Powerful hahaha 


sbab tu cterw ni di panggil One Punch Man, Saitama ni kuat x hinggat smpai mampu kalah kan musuh dgn sekali tumbuk,so dia sentiasa tertunggu2 musuh yg dapat mmberi cabaran buat dia,



try la bace kat sini -->bace percuma di sini~

ASALAMUALAIKUM~

actually mmg da lama x buat entry ni~
jengok blog sendiri pon da lame x buat,pftt sebab buzy dngn STPM SBNARNYE~

Alhamdulilah,tanggal 25.11 tamat la saya sbagai seorang pelajar klas 6bwah sastera and up jadi senior 
tamat sem 1 hai sem 2 yg pnuh dgn PBS.. (T.T)
sepanjang cuti ni Nini da plan da aktiviti nye
nak Buat Model KERTAS!!
hihihihihi.. ni gara2 abg nong Nini blikan Printer baru. so mcm semangat pulak nak print2 bende ni
semua, skrang ni Nini bru buat Minion Jerry dgn Tim..




Nilah hasilnye! Jerry comel



so sape yg ada kesabaran yg tinggi dan masa terluang yg bnyak bole try buat jugak!
nanti Nini masuk kan dia punya model bole print,

tihihihi..


Wednesday 6 November 2013

Personaliti mengikut jenis Darah



asalamualaikum..

Pernah tak korang tau jenis darah korang?
tak tahu?tahu?
mengikut satu kajian di Jepun,Personaliti seseorg dapat diketahui dgn jenis darah orang tu..
yeke?cuba tngok komik strip ni

hihihuhu..yekew?


                                                 



1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.


Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:

Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:

Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:

Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan
.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci



darah saya ab! ^_6
da.

Tuesday 5 November 2013

how to cook Curry Vindoloo (Indian)

  

hari ni Sy nak ajar buat kari vindoloo..
ap tu?hmm.. kari tanpa serbuk kari :)
simple sangat buat nya.. sng2

Bahan2:


 daging lembu atau ayam 


BAHAN A:
2 batang kayu manis
beberapa Jintan Putih
bebrapa biji Lada Hitam
beberapa biji bunga lawang

(digoreng di atas kuali tanpa minyak.hingga naik bau)

BAHAN B:

2 sudu  kecil serbuk Cayenne (nak lagi pedas,taruk lagi banyak)
2 sudu kecil serbuk paprika
2 sudu besar kunyit
3 cm halia
4 ulas bawang putih
1 cawan kecil Cuka epal
Bahan A

(di blender sehingga lumat)
(stalah bhan ini diltakan di dalam kuali,ltakan air ke dalam blender)

kentang (optional)

CARA2:

1.karamel kan bawang anda di atas kuali
2,letakan bahan B ke dalam kuali
3.kacau sehingga naik bau
4.ltakan daging atau ayam yang sudah dipotong
4.gunakan air yg di dalam blender.. masuk kan kedalam kuali
5.tutup kuali,dan tunggu sehingga daging empuk
6.sedia dihidangkan.. ^_^


#bahan b ialah MASALA BASAH

 VINDULOO

masakan ini terkenal di daerah goa,india,
vindalho berasal dari perkataan portugis "carne de vinha d'alhos,"
yang bermaksud hidangan daging.
tetapi portugis tlah mengubahsuai dengan meletakan cuka epal sebagai ganti arak.






Sunday 3 November 2013

Jodoh itu Rahsia Allah S.W.T

     Asalamualaikum~

mungkin kebanyakan org akan mempersoalkan entry kali ni..
umor bru setahun jagung nak tulis pasal jodoh

Nieniey buat Entry kali ni kerane Nieniey tlah menyaksikan satu penceraian
 antara sepasang suami isteri yang berumah tangga selame 6 tahun
dan memiliki 3 orang cahaya mata..
cantek2 belake ank mereke,perempuan semuanye,..
mereka bahgagia,isterinye cantik dan langsing,
suaminye seorg anggota polis yg tegap...
jadi mengapa mereka bercerai?
Kun faya kun

apalah salah nye? ini lah dinamakan jodoh,..
walau macam mana pon ktew cuba untuk mepertahankan sesuatu hubungan,jika bukan jodoh..
perpisahan pasti x dpat di elakkan..
jika Allah mengatakan jadi,jadilah!

oleh itu kita mestilah mencari jodoh yang betul,jgn memilih mengikut kehendak hati.. 

“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216) 


walaupun kita ingin kan sesuatu tapi tidak terhasil mendapatkan ya,kita mestilah menerime nya dengan reda,dan janganla menjadi seperti 

Rithah,seorang gadis mekah yang kaya raya tetapi sudah lanjut usia dan masih belum menemui jodoh..,
satu hari seorng lelaki miskin yg muda dan tampan ingin menghawini Rithah,tetapi mengapa dia ingin menghawini Rithah yg sudah lanjut usia? rupa2 nye lelaki itu hanya meninginkan kekayaan Rithah sahaja,
setelah mengambil separuh harta Rithah,lelaki itu menghilangkan diri dan x dijumpai..

dan tinggalah Rithah keseorangan...
kesedihah Rithah tu digantikan dengan Rithah membeli  beratus2 buku benang utk dipintal, setelah siap dipintal,Rithah akan mencerai beraikan nya kembali,dipintal,dan diceraikan kembali,begitulah ia sehingga akhir ayat nya...
Al Qur'anul karim mengabdikan kisah gadis bani mazz'um ini didalam surah  An-NahI ayat 92 

"dan janganlah kamu menjadi perempuan yang menguraikan benang nya  yang sudah dipintal nya dengan kuat sehingga bercerai berai kembali"

Allah telah melarang kita melakukan perkara begitu kerana jodoh itu urusan Allah,
bukan kah Rasulluah pernah bersabda

“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”  


jadi kita janganlah bimbang dan risau tentang jodoh kerane jodoh itu akan datang apa bila tiba masanya..



 Asalamualaikum,Good Night! 



  





Saturday 2 November 2013

Apabila Pets sakit~ Owner akan terasa ;(



Korang ada pets x?Pernah x Pets korang sakit dan korang risau sangat2 dekat diorang masa kene tnggalkan diorg kat vet?hari ni cerita ttng Pets niniey,namenye kapas,ehe,kucing jantan,





umur dia 3 tahun,oppss sori kalau muka dia comot,sbb dia kucing kampong, dia ni abang nieniey ambik masa dia keje jdy security guard kat SBC Tongkang Pechah, time tu kapas kene buli dgn budak2 cina, hishh jahat!

ni cerite yg berlaku pada beberape minggu lepas,satu hari,Kapas blik dgn satu bengkak yg terdapat berdekatan bahagian ekor



mula2 ingat bengkak biasa,bila dipicit.. dalam nye ada nanah,so tarok ubat gamat,lepas semua nanah da keluar,ingat boleh baik (biasalah kucing jantan gaduh2 ada luka,mesti taruk gamat atau ubat kuning kan?)
Nieniey bz skola, klas tmbahan,MPPU.. umm.. so x bnyak beri tumpuan,nasib baik satu hari,my sister,Alynn blik Batu Pahat,bile tngok luka Kapas da trok,and tngok dia makin kurus disertakan bau yg sangat busuk (bau daging busuk) Alynn bawak Kapas pergi Vet Swasta,, dkat Bukit Perdana,,

Doktor tu kata ada ulat kat dalam luka dia,dan kulit matinya akan dibuang..

 SESIAPA YANG SENSITIF DENGAN DAGING,NANAH JGN SKROLL BAWAH OKK

MINTA MAAF KALAU GMBAR NI SENSITIF BAGI KORANG.







kulit Kapas setelah dibuang,mula2 tngokk mmg terkejut sngat!sedih n kesal sbb x sangka jadi mcm ni,
mula2 hanya luka kecik,dan kemudian muncul kulit hijau yg berlubang2... bila da dibuang kulit mati tu, Masyallah.. kesian nyer kapas.. 

seksa bila tinggal kan dia sekor2  kat klinik tu.. seksa menunggu semuanya selesai,
hantar Kapas pukul 10.30pagi siap pkul 6.00 ptng hari yg same..

lame tunggu dia,bila ambik dia blik dia still mamai2.. badan dia keras sngat.. dan dia kne pkai kolar,
sedih2 sngat.. 


blik2 je dia trus tdo.. lbih kurng pkol8 mlm dia da tersedar,tapi still x boleh bngon sbb ubat pelali masih ada..
bila bgy dia mkn makanan khas dia,laju dia mkan,mcm x mkn 5 tahun,
Gembira tngok dia kuat mkn..

skrg ni dia da bertambah sehat,malah ad hati nk mengawan,hahaha.. walaupon luka dia blom baik lagi.. ni luka dia yg da smbuh skit


semoga kapas cpt baik...
pengajaran buat niniey dan semua Owners Pets.. jge pets baik2 ok.. 
sygi dia.. jage dia btol2